Pada suatu hari, Umar Al-Khatab
sedang bersiar-siar di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang
jalan beliau bertemu dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu
menyembunyikan kendi itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya.
Timbul prasangka di hati Umar AL-Khatab melihat keadaan itu, lantas
bertanya, "Apa yang engkau bawa itu?" Karena panik dan takut
dimarahi Umar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan
terbata-bata yaitu benda yang dibawanya ialah madu. padahal benda itu ialah
khamar. Dalam keadaannya yang bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin
berhenti dari minum arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan
menyesal melakukan perbuatan yang dicegah oleh agama itu. Dalam penyesalan itu
dia berdoa kepada Tuhan supaya Umar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi
kendinya yang dicegah oleh agama itu.
Pemuda itu masih menunggu kata-kata Khalifah, "Kendi ini berisikan madu." Kerana tidak percaya, Khalifah Umar ingin melihat sendiri isi kendi itu. Rupanya doa pemuda itu telah dikabulkan oleh Allah s.w.t. seketika itu juga telah menukarkan isi kendi itu kepada madu. Begitu dia berniat untuk bertaubat, dan Tuhan memberikan hidayah, sehingga niatnya yang ikhlas, ia terhindar dari kemarahan Khalifah Omar Al-Khatab, yang mungkin membahayakan pada dirinya sendiri kalau kendi itu masih berisi khamar.
Allah Taala berfirman:, "Seteguk khamar diminum maka tidak diterima Allah amal fardhu dan sunatnya selama tiga hari. Dan barangsiapa yang minum khamar segelas, maka Allah Taala tidak menerima sholatnya selama empat puluh hari. Dan orang yang tetap minum khamar, maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul Khabal'.
Ketika ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu ?" Jawab Rasulullah s.a.w., "Darah bercampur nanah orang ahli neraka ! "

No comments:
Post a Comment